Kami menggunakan media untuk mendokumentasikan dan menghidupkan semula warisan tidak ketara Malaysia yang terancam. Projek kami merangkumi pemeliharaan puisi lisan Teromba, dokumentasi persembahan Awang Batil, dan platform cerita rakyat digital Lipur Lara yang dibangunkan bersama Yayasan TM.
Melalui Hamsa Academy, kami juga menawarkan bengkel yang boleh dituntut melalui HRDC dalam bidang keusahawanan kreatif berasaskan warisan, membantu organisasi mengubah pengetahuan budaya menjadi aset ekonomi kreatif yang lestari.
Dokumentari - Narawi Rashidi: Untaian Terakhir Warisan Gambus Lebo
Tarikh: Okt - Dis 2025 | Lokasi: Potres Studio, Kuching
DI bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), dokumentari ini adalah satu usaha untuk mengungkap perjalanan Narawi Rashidi memelihara alat muzik tradisional Melayu Sarawak, Gambus Lebo.
Bengkel Asas Teromba Peringkat Negeri Sembilan
Tarikh: 29 Nov 2025 | Lokasi: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan
Di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Pejabat Pendidikan Negeri Sembilan dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah, kami berjaya mengadakan bengkel untuk memperkenalkan lebih dalam mengenai teromba kepada pelajar-pelajar terutamanya sekitar Nilai dan seluruh Negeri Sembilan.
Manifestasi Teromba Dalam Seni Visual
Tarikh: 25 Okt 2025 | Lokasi: SMK Tunku Besar Burhanuddin, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Program ini merupakan usaha bersama dalam memperkenalkan keindahan dan kehalusan warisan teromba melalui pelbagai bentuk seni visual, di samping menggalakkan generasi muda memahami nilai dan makna yang tersirat di sebalik warisan ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penganjur termasuk Balai Seni Negara, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Pejabat Pendidikan Negeri Sembilan, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah dan SMK Tunku Besar Burhanuddin.
Lukisan yang memenangi pertandingan manifestasi yang diadakan di SMK Tunku Besar Burhanuddin
Hasil daripada bengkel ini juga telah dibukukan dalam Karya Agung terbitan Balai Seni Visual Negara.
Bengkel Asas Teromba Bersama Datin Paduka Siti Hajar binti Raihan
Tarikh: 14 Okt 2025 | Lokasi: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan
Dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), kami berjaya mengadakan bengkel bersama Datin Paduka Siti Hajar binti Raihan bagi memperkenalkan teromba kepada pelajar-pelajar universiti dan peminat di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur
Bengkel Asas Gambus Lebo
Tarikh: 29 Sept 2024 | Lokasi: Potres Studio, Kuching
Pada tahun Sept 2024, dI bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama POTRES Studio di Kuching, Hamsa Media telah mengadakan satu bengkel untuk mengajar anak-anak muda bermain gambus lebo.
World Storytelling Fringe Festival 2023
Tarikh: 20-21 Okt 2023 | Lokasi: Old Courthouse, Kuching
Pada tahun Sept 2023, di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama WAK Kuching, FINAS Borneo, POTRES Studio, Bungan Creatives dan UNIMAS , Hamsa Media telah mengadakan festival selama dua hari mengumpul penglipur lara dan ahli-ahli akademik untuk berkongsi kisah-kisah mereka secara lisan.
Awang Batil: A Lyf Performance
Tarikh: 14 Okt 2023 | Lokasi: Lyf Hotel Jln Raja Chulan, Kuala Lumpur
Di bawah Yayasan Telekom Malaysia dengan kerjasama Lyf Hotel Jln Raja Chulan telah membawa secara ekslusif persembahan Awang Batil oleh Pak Ramly. Persembahan ini adalah julung-julung kali diadakan bersama dengan peserta-peserta bengkel Lipur Lara yang ditaja oleh Balai Seni Negara.
Bengkel Asas Penglipur Lara
Tarikh: 15 Okt 2023 | Lokasi: Audiotrium, Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur
Warisan Tidak Ketara, cerita rakyat dalam bentuk dongeng, legenda dan mitos menghadapi ancaman kepupusan dalam masa sepuluh tahun jika tiada langkah yang tegas diambil untuk mengumpul dan memeliharanya terutamanya daripada Sabah dan Sarawak. Dan, rekod dan dokumentasi dalam bentuk media juga sangat kurang dalam memelihara khazanah warisan tidak ketara ini. Maka, dengan bantuan daripada Yayasan TM, kami membangunkan satu usaha untuk memelihara khazanah ini termasuk Awang Batil.