Produksi kami merangkumi filem naratif bebas, dokumentari, dan khidmat awam yang dihasilkan dengan semangat dan tujuan. Dari filem indie Sarawak Love Crush ke naratif Tokyo Tokyo Love, serta dokumentari seni Gambus Lebo yang terpilih di Lift-Off Global Network dan Stockholm City Film Festival, setiap projek mencerminkan komitmen kami terhadap penceritaan bermakna bersama bakat baharu.
Kami juga menghasilkan kandungan PSA, termasuk kempen kesedaran kesihatan mental yang disokong Kementerian Kesihatan Malaysia.
Filem naratif Love Crush ini dibintangi oleh pelakon-pelakon first-timer dari Sarawak dan berlatarbelakangkan Kuching dan pekan Bau.
Bersama pelakon-pelakon dan kru di Kuching, kami berjaya menyiapkan pesanan khidmat awam (PSA), Roti G dan Kek Keju Viral di bawah kelolaan FINAS sempena Hari Malaysia 2024.
Ini hasilnya, PSA kami boleh ditonton di sini.
Sekitar penggambaran dokumentari Narawi Rashidi: Untaian Terakhir Warisan Gambus Lebo Sarawak di Kuching, Sarawak pada tahun 2025.
Bersama kumpulan pemain gambus lebo di bawah kelolaan Narawi Rashidi di Kuching.
Bersama kru-kru di Kuching, Sarawak