Hamsa Media terlibat dalam penerbitan pesanan khidmat masyarakat (PSA) dan musik video yang meneroka jenama dan identiti merentas budaya dan sempadan. Dari Kuching dan Manila ke Tokyo, produksi kami amat professional dalam memberi hasil terbaik untuk klien-klien kami.
SEAS UNBROKEN
Tahun: 2026 | Durasi: 6 minit 37 saat | Lokasi: Manila, the Philippines | Status: Siap
Kami bekerjasama dengan pengarah dan editor by Chuck Gutierrez, dan produser, Baby Ruth Villarama daripada Voyage Film Studios di Manila. Musik video yang menampilkan muzik asli yang digubah, ditulis, dan disusun oleh Von De Guzmán serta dipersembahkan oleh Sofronio Vasquez III, pemenang The Voice USA Musim ke-23, video muzik ini menawarkan perspektif budaya tentang identiti serantau, melengkapi diplomasi, perdagangan, dan perkongsian politik dengan kisah-kisah yang berakar umbi dalam kehidupan seharian masyarakat Asia Tenggara.
Tonton 'SEAS UNBROKEN' daripada Pusat Kebudayaan Filipina, sebuah video muzik sinematik yang menampilkan perspektif pembikin filem daripada 11 negara anggota ASEAN. Ia menceritakan kisah kolektif sebuah rantau yang sering ditakrifkan oleh perbezaannya, namun begitu erat dihubungkan oleh pengalaman dan aspirasi bersama.
Seas Unbroken mengarahkan lensanya ke arah kehidupan seharian: mata pencarian yang disara oleh laut, keluarga yang berkumpul di sekeliling hidangan, komuniti bandar yang sibuk, dan kanak-kanak yang membawa tradisi ke masa depan.
Roti G dan Kek Keju Viral
Tahun: 2024 | Durasi: 1 minit | Lokasi: Kuching, Sarawak | Status: Siap
Sebuah filem indie yang digerakkan oleh bakat baharu dan semangat mentah. Walaupun tanpa pengalaman luas, barisan pelakon dan krew di Kuching mencurahkan segalanya untuk melengkapkan pesanan khidmat masyarakat sempena Hari Malaysia 2024 di bawah kelolaan FINAS.